SEKOLAH KEBANGSAAN BENONI

PETI SURAT 186, 89608 PAPAR, SABAH

Sunday, January 31, 2010

Gotong Royong Perdana PIBG


Dianggarkan lebih 150 orang ibubapa dan guru hadir untuk bersama-sama bergotong-royong pada 9 Januari 2010.

Gotong-royong perdana ini dianjurkan oleh PIBG S.K benoni dengan matlamat menyiapkan sekurang-kurangnya 20 buah meja serbaguna. Alhamdulillah, gotong-royong yang bermula jam 7.30 pagi ini dapat mencapai sasaran yang mana kaum bapa bertungkus lumus memotong kayu dan membuat meja…manakala kaum ibu pula melapik meja dan membersihkan kawasan persekolahan.

Guru Besar Sk Benoni, Encik Ag Gabor Hj Ag Kahar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir. Pihak PIBG pula menyatakan bahawa gotong-royong yang kedua akan menyusul selepas ini yang mungkin akan berfokus kepada jalan sekolah yang semakin teruk dan berlumpur.