SEKOLAH KEBANGSAAN BENONI

PETI SURAT 186, 89608 PAPAR, SABAH

Thursday, November 17, 2011

Intro Hari Anugerah Pelajar 2011


Tayangan Multimedia memaparkan beberapa program sepanjang Tahun 2011 sempena Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011.

Monday, October 17, 2011

Ambang Merdeka 2011


Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011...sory lambat upload

Friday, July 8, 2011

Larian 1 Malaysia


Assalamualaikum wbt ...
Pada 2 Julai 2011 yang lalu(Sabtu), SK Benoni telah menyertai larian 1 Malaysia yang diadakan serentak seluruh negara. Semua murid diminta hadir pada hari tersebut untuk menjayakan larian ini. Pemimpin kampung juga dijemput serta. Dan di antara yang turut hadir ialah Ketua Kg, Pengerusi JKKK kg, AJK PIBG, Presiden Persatuan ALumni SK Benoni, Persatuan ALWalid kg Benoni, WKAN Kg Benoni dan beberapa jemputan khas.
Acara bermula dengan pendaftaran pd jam 6.30 pagi dan flag off pada jam 7.45 pagi yang dilepaskan oleh Pn Zainah Mod Yassin, Guru Besar SK Benoni.Acara tambahan selepas larian ialah kuiz kesihatan dan pertandingan mewarna. Semua murid dapat menyempurnakan larian tanpa sebarang kecederaan dan masalah..

Thursday, June 2, 2011

Selamat bersara Ust Hjh Artinah


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Selamat bersara buat bonda Ustazah Hjh Artinah Hj Nayan..yang telah bertugas di SK benoni lebih 23 tahun..
Beberapa siri majlis perpisahan telah diadakan iaitu pada 18,19,26 dan 27 Mei 2011 dan kemuncaknya pada 2 Jun 2011 bertempat di Hotel Beverly Kota Kinabalu.
Dari kami warga Sk Benoni..persaraan biskita amat sukar dicari ganti..semoga Allah memberikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat...Terima Kasih di atas segala ajaran yang telah diberi dan Selamat Bersara!!!

Thursday, May 5, 2011

Motivasi Upsr 2011


Assalamualaikum n sejahtera..pada 28 dan 29 April yang lalu, Kaunseling SK Benoni telah berjaya mengadakan motivasi tahunan untuk calon UPSR 2011..Pengisian yg diatur adalah padat meliputi motivasi,teknik belajar dan penghayatan keroahanian.
Well...ehm..tahniah untuk Kaunseling dan guru Tahun 6 SK Benoni..Insyallah 5A mesti mari!!!

Thursday, March 31, 2011

Selamat Datang GB baru


Assalamualaikum wbt
Selamat datang buat Guru Besar baru Sk Benoni ;Pn Zainah Hj Mayasin.
Nampaknya penantian kini sdh berakhir...Pn Zainah selaku Guru Besar SK Benoni
telah membuat ucapan sulungny adalam perhimpunan mingguan pada 28/3/11..
Dari kami warga SK Benoni..
Selamat datang dan selamat memimpin SK Benoni..

Friday, March 4, 2011

Sk Benoni sapu bersih MTQ Zon


Alhamdulillah..kali ini pasukan MTQ SK Benoni Menjuarai Majlis Tadarus AL Quran ZOn Benoni 2011 dan akan mewakili ZOn ke MTQ daerah Papar di SMK Bongawan II.Pesrta adalah Sufy Martika,Dg Athirah Mahmud(tilawah)Syafiqah Azmi,Habib Faisal(Hafazan)Khairun Abas,Aslini Nurul Alia Asneh(Cerita)...Tahniah buat semua pemenang dan guru pembimbing...

Zon Benoni Juara Sukan Daerah


Zon Benoni tahun ini telah berjaya merampas kejuaraan sukan Daerah Papar setelah diumumkan mendapat 5 pingat emas dan 5 perak. Kali ni sukan berlangsung dari 28/2 sehingga 3/3/2011 di Padang SMK Benoni.Tahniah buat semua kontinjen Zon Benoni dan khususnya buat semua jurulatih yg tlh bertungkus lumus...
KOngretsss...Jumpa lagi d SUkan tahun dpn..

Friday, February 18, 2011

Sk Benoni..Juara Sukan Zon


Assalamualaikum n salam sejahtera...
Tahniah buat kontinjen Sk Benoni yg telah menjuarai sukan zon Benoni 2011 buat kali ke 6 berturut2. sukan ini berjalan pada 16/2/2011.
Kali ini kutipan pingat sebanyak 8 emas, 6 perak dan 3 gangsa..
Kegembiraan bertambah buat kem sk benoni apabila perbarisan turut menjadi johan dan MOhd Iqbal Kassim menjadi olahragawan..
Sekali lg...Tahniah buat kontinjen SK Benoni

Majlis MTQ 2011 Peringkat Sekolah


Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah pada 1/2/2011, acara tahunan MTQ Peringkat Sekolah kali ini dapat berlangsung seperti biasa..Penyertaan juga meningkat tetapi kualiti bacaan peserta agak kurang sedikit berbanding tahun lalu..
Perasmian dilakukan oleh PK1,EN Auzahar Hamid...Pemenang akan mewakili sekolah ke peringkat zon Benoni pada 4 Mac ini.. Tahniah buat semua peserta!!!

Sunday, January 30, 2011

Tahun baru..skrip baru..persoalan lama!!

Assalamualaikum...salam sejahtera..
Tahun baru 2011 bagi SK Benoni mungkin akan menjanjikan imej baru...
UPSR tahun 2010 telah mengkisahkan peningkatan peratusan lulus yang terbaik berbanding tahun yang sebelumya iaitu melebihi 70% lulus penuh..
Namun kualiti 5A yang dicari masih berada ditakuk lama iaitu dalam 2 atau 3 orang...
Untuk 2011,bedah siasat..postmotem..pelan strategik..semua sudah dibuat...
Apakah mungkin kita akan dapat melihat peningkatan dalam jumlah murid 5A 2011 ?
Atau jumlah sama masih menjadi taruhan?
well..tidak banyak yang dapat kita pastikan...
yang pasti kita memerlukan satu batu loncatan drastik..mungkin imej baru..atau persekitaran baru..atau persepsi baru..atau paradigma baru!!
Atau mungkin kementerian perlu memikirkan satu dasar atau sistem khusus bagi sekolah luar bandar!!!
well..apapun jawapannya program pertama 2011 ..Orentasi tahun 6 sudahpun berjalan..
Banyak pengisian berupa motivasi dan klinik UPSR telah dilakukan oleh guru SK Benoni..
Insyallah tahun 2011 akan menjanjikan harapan untuk warga SK Benoni.