SEKOLAH KEBANGSAAN BENONI

PETI SURAT 186, 89608 PAPAR, SABAH

Friday, July 8, 2011

Larian 1 Malaysia


Assalamualaikum wbt ...
Pada 2 Julai 2011 yang lalu(Sabtu), SK Benoni telah menyertai larian 1 Malaysia yang diadakan serentak seluruh negara. Semua murid diminta hadir pada hari tersebut untuk menjayakan larian ini. Pemimpin kampung juga dijemput serta. Dan di antara yang turut hadir ialah Ketua Kg, Pengerusi JKKK kg, AJK PIBG, Presiden Persatuan ALumni SK Benoni, Persatuan ALWalid kg Benoni, WKAN Kg Benoni dan beberapa jemputan khas.
Acara bermula dengan pendaftaran pd jam 6.30 pagi dan flag off pada jam 7.45 pagi yang dilepaskan oleh Pn Zainah Mod Yassin, Guru Besar SK Benoni.Acara tambahan selepas larian ialah kuiz kesihatan dan pertandingan mewarna. Semua murid dapat menyempurnakan larian tanpa sebarang kecederaan dan masalah..