SEKOLAH KEBANGSAAN BENONI

PETI SURAT 186, 89608 PAPAR, SABAH

Wednesday, December 1, 2010

Selamat Bersara GB


Cikgu Ag Gabor Hj Ag Kahar dengan rasminya pada 11/11/2010 menamatkan perkhidmatannya sebagai guru di SK Benoni. Beliau telah berkhidmat selamat 9 tahun di Sk Benoni. Dari kami warga SK Benoni mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa dan budi yang telah ditabur. Selamat Bersara GB!!!

Tuesday, November 16, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010


Assalam...Pada 16.11.2010,telah berlangsung acara penyampaian hadiah atau ringkasnya MAKP (majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar) 2010...
Persiapan kali ini agak singkat iaitu hanya 3 hari(selepas sukan)...
alhamdulillah yang penting ia dapat berjalan dengan lancar..
tahniah buat semua penerima hadiah kali ini..

Monday, November 1, 2010

Pesta Aidilfitri Kokurikulum 2010


Berlangsung pada 30.9.2010, Pesta Kokum ini adalah acara tahunan..
kali ni pertandingan yang berjalan ialah spti "pertandingan nasyid,lagu raya,rumah terbuka,bercerita dan story telling"....
erm..tahniah buat yang menang

Saturday, October 16, 2010

Tribute Untuk Cikgu Yusuf

Terima kasih...thanks...syukran..
di atas segala jasamu di SK benoni..
kami seluruh warga Sk benoni mengucapkan
"SELAMAT BERSARA"...we all love U....
kenangan bersamamu sentiasa dalam ingatan kami..

Saturday, August 7, 2010

Hari Guru 2010

Assalam...walaupun hari guru tahun ni terlamabat ckit(3/8/2010)..tapi masih meriah...
ada sukaneka,koir,dan lakonan murid yang agak dramatik..
wellll..tahniah n syukran buat semua yang terlibat

Lakonan murid tahun 6

Sajak oleh murid tahun 6

Wednesday, August 4, 2010

Perkemahan Unit Beruniform


Assalam....
tahun ni sk benoni menganjur kem Unit uniform pada 23-24/7/2010...
ermmmmm...dua hari yang padat dengan aktiviti...kawad,gajet,ikatan n hias makanan..
nampaknya semua guru mcm dah kepenatan..
tp yg penting murid enjoyyy...thanks

Sunday, July 11, 2010

Perasmian Bilik PPDa


Pada 9 Julai 2010, SK Benoni telah berjaya mewujudkan sebuah bilik antidadah yang dikenali sebagai bilik PPDa...
Perasmiannya telah disempurnakan oleh PK1,Encik Auzahar Hamid...
Guru PPDa Pn A Dewi dan En Nazir bersama Pen Kanan HEM juga turut dalam acara memotong reben bagi gimik perasmian...
Erm...harap bilik ni dpt memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya dadah..

Wednesday, June 16, 2010

Motivasi UPSR 2010 Fasa 1


Assalam.Unit Kaunseling SK Benoni bersama Yayasan Sabah dan PIBG telah berjaya menganjurkan acara tahunan iaitu Motivasi UPSR....kali ni seramai 93 murid Tahun 6 terlibat dalam program selama 3 hari pada 25-27/5/2010...
Motivasi ini dirasmikan oleh En Zukhairi dari Yayasan Sabah...
erm...hopefully semua murid semakin bersemangat untuk menduduki UPSR...
welll..5A mesti mari!!!!

Wednesday, May 12, 2010

Filem pendek DST...kerja kursus kumpulan

Kursus Digital story telling

KUMPULAN AMBUYAT

Assalamualaikum n salam sejahtera.....
Kursus DST (digital story telling) telah diadakan pada 11-13 /5/2010 bertempat di PKG Papar,....
Matlamat kursus ialah menghasilkan filem pendek....
Selepas kursus ini....guru dan murid SK Benoni akan menghasilkan beberapa filem pendek...
So...marilah kita ramai2 buat movie...
welllll...jadi director lah katakan....
insyallah

Monday, April 19, 2010

Sk Benoni..Juara bola Baling Daerah Papar!!!


Asssalamm...
Tahniah buat kontinjen bola baling SK Benoni kerana pada 14/4/2010 (minggu lepas) telah berjaya mengekalkan kejuaraan bola baling sekolah rendah bahagian lelaki untuk tahun ketiga berturut-turut!!!
Ana yang kebetulan ikut mengiring pun tumpang gembira...cuma kesian ckit dengan murid perempuan yang sekadar berada di tempat ke4...(cuba lagi ah!!!)
Apa2 pown...ramai murid yang jadi hitam...ada yang betukar kulit...
Erm..tahniah buat kontinjen bola baling

Saturday, March 20, 2010

Permata Pintar

Buat semua murid Sk Benoni...sila layari laman web permata pintar...
Manalah taw dapat masuk join perkhemahan pirmata pintar..
InsyaAllah...

Saturday, March 13, 2010

Sambutan Maulud Nabi SAW dan Pertandingan sepanduk



Pada 12/3/2010...Walaupun sambutan kali ini hanya di peringktat sekolah berbanding sambutan besar-besaran tahun lalu, namun meriahnya tidak kurang sama sekali...
Ini disebabkan adanya perarakan dan pertandingan sepanduk di antara persatuan akademik yang terdapat di SK Benoni...
Semua guru dan murid sibuk membuat sepanduk dan persiapan lain...at least dapat mmberi pengalaman kepada semua guru dan murid mengenai teknik dan cara pertandingan sepanduk...
Alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar...dirasmikan oleh Ust Shariful Mad Nawi swakil dari PPD papar...Pertandingan sepanduk ini akhirnya dimenangi oleh Kelab komputer dan B Inggeris...
Tiga anugerah Maulud Nabi SAW disampaikan iaitu untuk Guru Besar En Ag Gabor Hj Ag Kahar, EN Yusuf Hj Ahmad dan Ust Hjh Artinah Hj Nayan..
Antara pengisisan lain ialah ceramah oleh Ust Zulkifli..
Akhirulkalam...jazakumullahu khairan kathira

Monday, February 15, 2010

Majlis Tilawah Al-Quran 2010



Assalamualaikum...
Ehm...seramai lebih 100 orang murid SK Benoni telah menyertai MTQ Peringkat Sekolah pada 10 dan 11/2/2010 anjuran Persatuan Agama Islam Sk Benoni.
Acara ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Penyelaras Pendidikan Islam Daerah Papar Ust.Sharifful Hj Mad Nawi.
Program tahunan adalah untuk memilih wakil sekolah ke MTQ Zon Benoni pada hujung bulan ini. Overall...memang ada peningkatan dalam kualiti bacaan dan persembahan pada tahun ini.

Saturday, February 6, 2010

Slide Hari Khatam Quran 11/11/2009

Slide Show Sk Benoni

Pekeliling Perkhidmatan.

Assalamualaikum W.B.T.

Sila ambil Perhatian!

Banyak kekeliruan timbul berhubung dengan penerimaan sijil sakit daripada klinik swasta.Sebelum ini Ketua Jabatan/Guru Besar hanya dibenarkan meluluskan sijil sakit daripada klinik swasta hanya selama 2 hari tanpa perlu dirujuk dengan Doktor kerajaan.

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pindaan peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit swasta untuk tujuan meluluskan kemudahan cuti sakit.

Perintah Am 15 Bab C memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh menggunakan budibicaranya untuk menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta bagi tujuan meluluskan cuti sakit. Selaras dengan perkembangan amalan perubatan di sektor awam dan swasta, Kerajaan telah bersetuju meminda peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta untuk tujuan meluluskan kemudahan cuti sakit.

untuk maklumat lanjut sila Klik :

PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT.

Pekeliling Perkhidmatan

Assalamualaikum w.b.t.
Sila ambil perhatian!!!!!
Baca dan fahami pekeling yang dilampirkan bagi mengelakkan kekeliruan yang mungkin timbul.

Pekeliling Cuti.

Friday, February 5, 2010

Sk Benoni Juara Sukan Zon Benoni

Sk Benoni buat kali ke5 berturut-turut berjaya menjadi juara keseluruhan Sukan Zon Benoni Kali ke-36 yg diadakan pada 4/1/2010...
Tahniah buat semua atlit dan jurulatih...
Dengan kutipan emas 6, perak 4 dan gangsa 4, Kontinjen Sk Benoni berjaya mengekalkan rentak juara meninggalkan kontinjen kedua dengan kutipan 3 emas...
Welll...nampaknya semangat yg ditunjukkan oleh para atlet dan jurulatih akhirnya berbaloi walaupun sebenarnya kutipan emas kali ini agak kurang berbanding tahun lepas..
Erm....TAHNIAH!!!!

Tuesday, February 2, 2010

Penggunaan latihan online

Buat guru SK Benoni..anda digalakkan membuat latiha online kepada semua murid...
Nanti inhouse training akan dianjurkan oleh Pusat Akses....
Semua guru sk benoni diminta mengambil perhatian...
Klik dibawah sebagai contoh :

Contoh latihan (tarannum)..percubaan jak

Langkahnya:
1)download quiz creator(disediakan)
2)Buat latihan sehingga siap dan save sebagai FLASH
3)Upload kuiz/latihan tadi ke Google sites (perlu buka akaun terlebih dahulu)sehingga ada adress..
Ini supaya latihan tadi ada alamat dan dapat diakses secara online
4)Salin alamat tadi dan buat link ke dalam blog anda...
5)Selepas itu murid boleh menjawab secara online...

Actually..benda ni nampak ja susah....bila sudah buat nanti NYANYAT

Sunday, January 31, 2010

Gotong Royong Perdana PIBG


Dianggarkan lebih 150 orang ibubapa dan guru hadir untuk bersama-sama bergotong-royong pada 9 Januari 2010.

Gotong-royong perdana ini dianjurkan oleh PIBG S.K benoni dengan matlamat menyiapkan sekurang-kurangnya 20 buah meja serbaguna. Alhamdulillah, gotong-royong yang bermula jam 7.30 pagi ini dapat mencapai sasaran yang mana kaum bapa bertungkus lumus memotong kayu dan membuat meja…manakala kaum ibu pula melapik meja dan membersihkan kawasan persekolahan.

Guru Besar Sk Benoni, Encik Ag Gabor Hj Ag Kahar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir. Pihak PIBG pula menyatakan bahawa gotong-royong yang kedua akan menyusul selepas ini yang mungkin akan berfokus kepada jalan sekolah yang semakin teruk dan berlumpur.