SEKOLAH KEBANGSAAN BENONI

PETI SURAT 186, 89608 PAPAR, SABAH

Sunday, January 31, 2010

Gotong Royong Perdana PIBG


Dianggarkan lebih 150 orang ibubapa dan guru hadir untuk bersama-sama bergotong-royong pada 9 Januari 2010.

Gotong-royong perdana ini dianjurkan oleh PIBG S.K benoni dengan matlamat menyiapkan sekurang-kurangnya 20 buah meja serbaguna. Alhamdulillah, gotong-royong yang bermula jam 7.30 pagi ini dapat mencapai sasaran yang mana kaum bapa bertungkus lumus memotong kayu dan membuat meja…manakala kaum ibu pula melapik meja dan membersihkan kawasan persekolahan.

Guru Besar Sk Benoni, Encik Ag Gabor Hj Ag Kahar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir. Pihak PIBG pula menyatakan bahawa gotong-royong yang kedua akan menyusul selepas ini yang mungkin akan berfokus kepada jalan sekolah yang semakin teruk dan berlumpur.

Thursday, December 3, 2009

Khatam Quran 2009



AlhamduliLlah...
Akhirnya S.K Benoni bersama PIBGnya berjaya menjayakan Majlis Khatam Quran 2009 peringkat sekolah secara besar-besaran yang melibatkan semua pelajar muslim tahun 6 2009.
Daripada jumlah ini hampir separuh daripada 104 murid telah khatam dan selebihnya masih diperingkat pembacaan...
Walaubagaimanapun...penganjur setuju untuk meraikan kesemuanya berdasarkan kesungguhan mereka dalam mempelajarai Al-Quran...
Kehadiran ibubapa amat menggalakkan...
Buat yang telah tamat Quran...anda perlu terus membaca..namun kali ini dengan memahami maksudnya...InsyaAllah...
Tahnah buat semua peserta khatam......
Barakallahu fikummm.....

UPSR 2009


Dua murid SK Benoni telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Peperiksaan UPSR bagi tahun 2009. Tahniah diucapkan buat Dg Irfarahani Ag Ismail dan Dg Ezura Natasya Marjoki di atas kejayaan beliau. Jumlah ini bagaimanapun tersasar dari target asal iaitu 15 orang 5A.....yang mana selebihnya kebanyakan mendapat keputusan 4A....
Apapun ucapan tahniah buat semua yang telah berjaya...
Ini hanyalah satu permulaan bagi sebuah perjalan yang amat panjang...
Yang kurang bernasib baik....masih banyak peperiksaan lain di hadapan yang bakal ditempuh...
Buat semua guru yang telah berusaha mengajar...teruskan usahamu...
Tahun depan InsyaAllah kita akan mencapai sasaran!!!!