SEKOLAH KEBANGSAAN BENONI

PETI SURAT 186, 89608 PAPAR, SABAH

Thursday, November 17, 2011

Intro Hari Anugerah Pelajar 2011


Tayangan Multimedia memaparkan beberapa program sepanjang Tahun 2011 sempena Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011.

Monday, October 17, 2011

Ambang Merdeka 2011


Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011...sory lambat upload

Friday, July 8, 2011

Larian 1 Malaysia


Assalamualaikum wbt ...
Pada 2 Julai 2011 yang lalu(Sabtu), SK Benoni telah menyertai larian 1 Malaysia yang diadakan serentak seluruh negara. Semua murid diminta hadir pada hari tersebut untuk menjayakan larian ini. Pemimpin kampung juga dijemput serta. Dan di antara yang turut hadir ialah Ketua Kg, Pengerusi JKKK kg, AJK PIBG, Presiden Persatuan ALumni SK Benoni, Persatuan ALWalid kg Benoni, WKAN Kg Benoni dan beberapa jemputan khas.
Acara bermula dengan pendaftaran pd jam 6.30 pagi dan flag off pada jam 7.45 pagi yang dilepaskan oleh Pn Zainah Mod Yassin, Guru Besar SK Benoni.Acara tambahan selepas larian ialah kuiz kesihatan dan pertandingan mewarna. Semua murid dapat menyempurnakan larian tanpa sebarang kecederaan dan masalah..

Thursday, June 2, 2011

Selamat bersara Ust Hjh Artinah


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Selamat bersara buat bonda Ustazah Hjh Artinah Hj Nayan..yang telah bertugas di SK benoni lebih 23 tahun..
Beberapa siri majlis perpisahan telah diadakan iaitu pada 18,19,26 dan 27 Mei 2011 dan kemuncaknya pada 2 Jun 2011 bertempat di Hotel Beverly Kota Kinabalu.
Dari kami warga Sk Benoni..persaraan biskita amat sukar dicari ganti..semoga Allah memberikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat...Terima Kasih di atas segala ajaran yang telah diberi dan Selamat Bersara!!!

Thursday, May 5, 2011

Motivasi Upsr 2011


Assalamualaikum n sejahtera..pada 28 dan 29 April yang lalu, Kaunseling SK Benoni telah berjaya mengadakan motivasi tahunan untuk calon UPSR 2011..Pengisian yg diatur adalah padat meliputi motivasi,teknik belajar dan penghayatan keroahanian.
Well...ehm..tahniah untuk Kaunseling dan guru Tahun 6 SK Benoni..Insyallah 5A mesti mari!!!