SEKOLAH KEBANGSAAN BENONI

PETI SURAT 186, 89608 PAPAR, SABAH

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Benoni, Papar diwujudkan pada tahun 1945 semasa pemerintahan Jepun dengan nama GPS Benoni.
Bermula dari sebuah bangunan tiang kayu, dinding pelepah dan atap nipah, sekolah ini mengalami sedikit perubahan sekitar 1948 - 1958.
Semasa pemerintahan Jepun, anak kampong yang bersekolah waktu itu sempat mempelajari bahasa Jepun dan sewaktu pemerintahan British pula, para pelajar diterapkan dengan skema penjajah British iaitu menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantara utama.
Kini, Sk.Benoni telah mencecah usia 62 tahun. Banyak perubahan telah dibuat termasuklah penambahan bangunan baru seperti bangunan Pra Sekolah dan Makmal Komputer.
Pelbagai kejayaan telah dicapai dan kini telah berjaya menghasilkan insan yang cemerlang dan gemilang.
Pada masa yang sama, bahagian pentadbiran dan pengurusan yang dianggotai oleh para pentadbir serta Anggota Kumpulan Sokongan sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar, turut mewujudkan Kelab Kebajikan Sk. Benoni Papar. Kelab ini berfungsi untuk menyelaraskan kerja kebajikan sekolah.
(Petikan ini Sumbangan Kelab Kebajikan SK Benoni)