SEKOLAH KEBANGSAAN BENONI

PETI SURAT 186, 89608 PAPAR, SABAH

Monday, February 15, 2010

Majlis Tilawah Al-Quran 2010



Assalamualaikum...
Ehm...seramai lebih 100 orang murid SK Benoni telah menyertai MTQ Peringkat Sekolah pada 10 dan 11/2/2010 anjuran Persatuan Agama Islam Sk Benoni.
Acara ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Penyelaras Pendidikan Islam Daerah Papar Ust.Sharifful Hj Mad Nawi.
Program tahunan adalah untuk memilih wakil sekolah ke MTQ Zon Benoni pada hujung bulan ini. Overall...memang ada peningkatan dalam kualiti bacaan dan persembahan pada tahun ini.

Saturday, February 6, 2010

Slide Hari Khatam Quran 11/11/2009

Slide Show Sk Benoni

Pekeliling Perkhidmatan.

Assalamualaikum W.B.T.

Sila ambil Perhatian!

Banyak kekeliruan timbul berhubung dengan penerimaan sijil sakit daripada klinik swasta.Sebelum ini Ketua Jabatan/Guru Besar hanya dibenarkan meluluskan sijil sakit daripada klinik swasta hanya selama 2 hari tanpa perlu dirujuk dengan Doktor kerajaan.

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pindaan peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit swasta untuk tujuan meluluskan kemudahan cuti sakit.

Perintah Am 15 Bab C memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh menggunakan budibicaranya untuk menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta bagi tujuan meluluskan cuti sakit. Selaras dengan perkembangan amalan perubatan di sektor awam dan swasta, Kerajaan telah bersetuju meminda peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta untuk tujuan meluluskan kemudahan cuti sakit.

untuk maklumat lanjut sila Klik :

PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT.

Pekeliling Perkhidmatan

Assalamualaikum w.b.t.
Sila ambil perhatian!!!!!
Baca dan fahami pekeling yang dilampirkan bagi mengelakkan kekeliruan yang mungkin timbul.

Pekeliling Cuti.

Friday, February 5, 2010

Sk Benoni Juara Sukan Zon Benoni

Sk Benoni buat kali ke5 berturut-turut berjaya menjadi juara keseluruhan Sukan Zon Benoni Kali ke-36 yg diadakan pada 4/1/2010...
Tahniah buat semua atlit dan jurulatih...
Dengan kutipan emas 6, perak 4 dan gangsa 4, Kontinjen Sk Benoni berjaya mengekalkan rentak juara meninggalkan kontinjen kedua dengan kutipan 3 emas...
Welll...nampaknya semangat yg ditunjukkan oleh para atlet dan jurulatih akhirnya berbaloi walaupun sebenarnya kutipan emas kali ini agak kurang berbanding tahun lepas..
Erm....TAHNIAH!!!!

Tuesday, February 2, 2010

Penggunaan latihan online

Buat guru SK Benoni..anda digalakkan membuat latiha online kepada semua murid...
Nanti inhouse training akan dianjurkan oleh Pusat Akses....
Semua guru sk benoni diminta mengambil perhatian...
Klik dibawah sebagai contoh :

Contoh latihan (tarannum)..percubaan jak

Langkahnya:
1)download quiz creator(disediakan)
2)Buat latihan sehingga siap dan save sebagai FLASH
3)Upload kuiz/latihan tadi ke Google sites (perlu buka akaun terlebih dahulu)sehingga ada adress..
Ini supaya latihan tadi ada alamat dan dapat diakses secara online
4)Salin alamat tadi dan buat link ke dalam blog anda...
5)Selepas itu murid boleh menjawab secara online...

Actually..benda ni nampak ja susah....bila sudah buat nanti NYANYAT