SEKOLAH KEBANGSAAN BENONI

PETI SURAT 186, 89608 PAPAR, SABAH

Saturday, February 6, 2010

Pekeliling Perkhidmatan.

Assalamualaikum W.B.T.

Sila ambil Perhatian!

Banyak kekeliruan timbul berhubung dengan penerimaan sijil sakit daripada klinik swasta.Sebelum ini Ketua Jabatan/Guru Besar hanya dibenarkan meluluskan sijil sakit daripada klinik swasta hanya selama 2 hari tanpa perlu dirujuk dengan Doktor kerajaan.

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pindaan peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit swasta untuk tujuan meluluskan kemudahan cuti sakit.

Perintah Am 15 Bab C memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh menggunakan budibicaranya untuk menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta bagi tujuan meluluskan cuti sakit. Selaras dengan perkembangan amalan perubatan di sektor awam dan swasta, Kerajaan telah bersetuju meminda peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta untuk tujuan meluluskan kemudahan cuti sakit.

untuk maklumat lanjut sila Klik :

PINDAAN PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT.

No comments:

Post a Comment